Tuesday, March 10, 2009

Gamble Trip



Assalamualaikum para sahabat handaiku sekalian

Aku menulis coretan ini semasa otakku aktif beroperasi kerana tida dapat melelapkan diri selepas subuh 7mac09,sabtu.

Ketika ini aku sedang berada di atas katil mnaip menggunakan enset.di sebelahku terdapat seorang perempuan yg sdg khusyuk dibuai mimpi.owh, aku terlupa untuk mmberitahu bahawa aku kini sedang berada di sebuah hotel yg tidak terkemuka di kaherah,mesir.

Kami terdiri daripada 5perempuan dan 8lelaki selamat tiba di sini semalam pada lebih kurang 11 lbh mlm ++.perjalanan untuk mencari rumah tumpangan telah memakan masa sehingga pkul 1.45 ++ pagi.berdiri di bumi mesir ini mmg banyak cabarannya.setelah penat mncari, menegotiate dgn arab2 ini akhirnya kami memutuskan untuk menginap di rumah tumpangan yg x seberapa ini.. mmg ckp bnyak halangannya.

Sila skip part ini jika anda tidak gemar untuk mmbuang masa mmbaca novel

setelah selesai cek in dan mngemas barang, kami keluar smula untuk mengisi perut yang kebuluran setelah bbrp jam perjalanan menaiki coster (bas kecik) dari mansura td.

Hidup adalah satu perjudian.itulah moto aku pada kali ini.bermula dari alex ke mansura,aku dan rakan2 ku seramai 5org berjudi atau amnya dikenali sbg gamble utk datang ke sebuah plosok yg kampong lagi berdebu dan yg plg pentingnya yang didiami FAT JOE (fj) ini. Berbekal dengan semangat dan harapan yg mmbara serta spasang persiapan yang kurang lengkap lagi xmantap, kami mmberanikan diri untuk menjejakkan kali pertamanya di bumi betuah eh silap, berdebu pujaan ati fj ini.suasana begitu berbeza skali dr rumah agamku di iskandariah..di sini keadaan seperti baru lepas perang dan panas, x macam di alex yg sejuk indah dan cantik.. (hehe) getus hatiku.namun aku simpan sahaja d dalam ati untuk mnjaga ati fj dan rakan2 seperjuangannya yg telah sedia kecik ati kerana kalah dlm sport day.. :p

Day 1 : Mansurah

Pada malam pertama sampai di mansurah, kami telah menginap di sebuah hotel yg diberi nama marshal.tempat yg strategic, berhadapan sungai nil.

Dengan berat hatinya aku menyerahkan tunai 210 egyptian pound dan salinan paspotku.encik di kaunter mmbals harga tersebut dgn sebatang kunci (erk, btolke pnjodoh bilangan ni?? Maaf cikgu amin!! T.T otakku telah terjerumus dalam kancah ke-blur-an pula ketika ini)

Aku dibawa menuju ke bilik yg dinyatakan oleh seorng lg pelayan.710.sahabat2ku yg lain turut serta menyusur

“ini x adil!”

“mana boleh begitu!!”

“habis, kita nk duduk mana??”

Satu per satu soalan menerjah benak otakku semasa kami ber5 berdiskusi td.arab mmg bnyak songeh.lagi2 dgn foreigner.geram aku dibuatnya.namun begitu berkat strategi dan plan demi plan dan x lupa juga dengan nasib baik yg mnyebelahi kami Berjaya melobosi kawalan dr pihak hotel tersebut.ya, single bed untuk 5gadis pingitan ini.sebelum beradu di kamar seperti tin sadin yg telah dikompres, dilenyek dan dilaggar lori, kami smpat mngambil angin malam mansura menaiki bot menyusuri sungai nil.kami juga mengambil kesempatan membeli belah selepas itu.barang aksesori,kasut dan selendang menjadi tumpuan kami.kami juga telah dihadiahi bunga oleh pakcik bunga kedai sebelah.terimaksih pakcik bunga.

malam kian kelam,kembali di hotel, xtvt kegemaran wanita2 riang kini bermula.perasan syok sniri dan tgkap gmba.haiz.aku hanya melayan dan bergembira.aku turut serta sebenarnya..haha.sebelum melelapkan mata,kami berborak, bermain truth or truth (sepatutnya truth or dare) dan di sinilah aku telah mndapat sebuah gelaran “radical free thinker” yg agak mndalam n mmberi impak juga kepadaku.owh, diingatkan aku bukannya atheist ya.mungkin aku digelar begitu kerana pemikiranku agak berbeza T.T.malam ditutupi dgn cerita hantu dan x lupa juga doa yg macam2 kerana kecuakan dan kekecutan perut

DAY 2 : Mansurah

pagi yg lewat,kami bergegas mnyiapkan diri.tugasku adalah check out manakala yg lain2 sedaya upaya untuk sneak out dr hotel.kami menuju ke sport day yang dianjurkan PERUBATAN mesir yang diadakan di Istadi Gam’a (stadium university)suasananya berbeza skali dr msia di mana ikhawah dan akhawat (lelaki dan perempuan) diasingkan berlainan tempat.bersandangkan backpack nike biru dan sebotol mineral besar Aquarina,aku melalui kawasan ikhwah dan sekaligus mendail no fat joe (fj) smbil buat2 pandang ke kiri dan kanan konon2 mncari fj (sebenarnya tgh usha ikhwah yg kacak2 lain) wahaha..maaf,hanya gurauan.no heart feeling dear readers.

Oleh kerana keegoanku xmahu mengenakan spek pada mataku yg smakin hari smakin kabur,jadi maafkan aku fj,aku mmg xnmpk kelibatmu walaupun ku tahu yg kau perasan akan kehadiranku.setelah smpai di padang akhawat (perempuan) sesi jejak kasih berlaku di kalangan mmber2ku.aku hanya mmpu senyum tnda hormat.namun xlama kemudian, xkusagka aku juga bakal terlibat dlm program reality ini.anak jiran blkg umahku kujumpa secara kebetulan.sumpah kuxperasan jika dia x tnya mengenai tmpat tinggalku di Malaysia.subhanallah, kecik sungguh dunia ini.

Kami singgah sebentar di tmpat penginapan private student berdekatan stadium td untuk berehat dan solat seketika.terimakasih kpd tuan rumah =) dlm pada itu, terkeluar satu idea dr sahabatku tentang hasratnya utk ke Dreambark (Dream Park) yg terletak di kaherah. Owh, hatiku tidak merelakannya.serangan demi serangan bom telah berlaku beberapa minggu lepas.Kaherah sebagai Bandar utama Mesir mnjadi sasaran.pesanan ibu dan ayah juga terngiang2.rasa bersalah menyelubungi diri.namun jika aku kembali ke Alex pula, tiada siapa yg mahu menemaniku.mmg bahaya berada di bumi org ini bersendirian

Plan untuk men ”gambling” sekali lagi telah diatur.mushrif juga telah bersetuju. Aku merebahkan diri ke lantai.terlena sebentar di atas beg yang mengalas kepalaku yang kian berat ketika itu.malasku mahu mendengar mereka berbalah dengan mushrif untuk menetapkan waktu.aku mmg malas hendak amek port tentang perkara sebegitu.

Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down

Kedengaran alunan suara Kate Perry mendendangkan lagu “Hot n Cold” dr ensetku menandakan seseorang yang xku assignkan ringtonenya call.aku terjaga dr lelap lantas menggapai enset yg sdg dicas di sebelahku

“ok!” jawapku ringkas tanda setuju tanpa berfikir panjang.

Aku sudah tidak peduli.terus aku menuju ke bilik memberitahu keputusanku kepada rakan2.aku agak tegas kali ini menandakan pendirianku.mahu atau tidak, aku tetap dengan keputusanku

“korang tggu sini, jangan merayau2!nanti aku dtg balik!!” tegas pemuda bermata besar ini menampakkan kerisauannya.

“ye la, kitorang x g mana.. dok sini je!” balasku.

Xkusangka ex clasmateku yg dlu slalu dibuli teman sekolah mengarahku sedemikian.syukur juga ada juga tempat untukku meminta bantuan.

“Jom shopping!!”

Teriakan gembira dari sahabat2ku kedengaran setelah fj hilang dr pandangan menuju ke masjid untuk bersolat asar seketika.aku hanya tersenyum.kali ini kami berada di Shiqa’.memang selendang (lagi) menjadi tumpuan utama untuk kami beli.memang murah.teringat org2 tsyg di Negara tanah tumpah darah airku.inilah buah tangan yg mampu kuberi nnt.

Aku tidaklah pakar dlm mmbuat pilihan dan corak warna.lantas kucapai apa yg kurasa sesuai dan bayar.tiada bnyak ckp atau menanyakan rakan2ku.perempuan akan bnyak bebelannya nnt..haha.aku juga malas bertelagah dgn diri sendiri mmbuat pilihan.fj tiba tepat pd masanya.kami tawaf melihat brg2 di shiqa’ dan sekeliling.aiskrim yg dibelanja fj mmg sedap membasahi tekak stlh berjalan dan naik teksi.barangkali mansura mmg agk pns dr alex yg sejuk walaupun musim sejuk belum lg habis dan sedang berada di musim peralihan.

Seronok berborak ttg kehidupan dan kawan2 lama di sekolah dahulu.mmg itu tujuan utamaku sebenarnya,terubat rindu di Malaysia sedikit.xmahu aku terperap lama di rumah org seperti td.segan.itu bukan caraku.nasib baik fj kol dan menawarkan diri untuk mmbawa jalan2.thnx Zulfazli Zainal aka fat joe

Malam itu juga kami ke kaherah menaiki coster.ternyata kami sahaja perempuan didlm coster tersebut.mmg bahaya.masa2 inilah jasa mushrif diperlukan.mmg tradisi di kalangan pelajar melayu di mesir mengadakan system “mushrif” untuk keselamatan bersama.mushrif2 yg ada pula merupakan teman2 seperjuangan di university dan foundation dahulu jadi tidaklah kekok untuk meminta bantuan,

Aku masih dia atas katil.hampir 2jam juga aku mnaip.rakan di sebelah nuga masih tidur lena.penat sgt membakar masa malam td barangkali.kami bakal chek out di rumah tumpangan yg xseberapa ini dalam masa sejam lg.akan kusambung coretan panjangku ini pabila sampai di rumah di alex nnt.inginku balas dendam skian lama x merapu di blog ini setelah penat ber final exam :p

Perjalananku Bersambung lg di part 2 nnt =)

Tahniah kepada sesiapa yg Berjaya habis baca hingga bawah ni :p


ps : MAAF ENTRY TERLALU PANJANG MCM NOVEL =.="




ON THE WAY,teringat sawah padi kat malaysia


Setibanya di stesen train Mansurah



sesi men-try- kasut







itu sungai nil


ketandusan idea nk buat apa mungkin?


igt lagi kat aku? =)


0 comments:

 
;