Semoga semakin ramai orang menyedari cerita ini. Saya baru sahaja terdengar beberapa hari lalu satu jenis jenayah yang dicipta. Kisahnya adalah seperti ini:-
Seseorang akan meletakkan fon bimbitnya dalam saku anda, dan ada kalanya dompetnya yang lengkap mengandungi kad pengenalan beliau.
Beberapa minit kemudian si pemilik barangan ini akan mendekati anda dan menuduh anda sebagai seorang pencuri. Dia buat hingar bangar bahawa anda sudah mencuri barangannya .
Kerana terkejut anda ditarik kesisi untuk diugut membayar pampasan dengan ugutan dan paksaan seandaianya anda tidak membayarnya polis akan dipanggil. Kalau anda membayar saguhati si pemilik tadi melepaskan anda. Yang peliknya ada sahaja orang yang sanggup menjadi saksi bahawa anda adalah seorang pencuri. Saya diberitahu perkara begini kerap terjadi di KLIA dan juga di stesen keretapi ataupun LRT.
Saya difahamkan ada beberapa orang yang sedang meringkuk dalam lokap kerana perkara ini menunggukan perbicaraan. Di KLIA si pemilik fon bimbit dan dompet mencampakkan ke dalam troli yang sedang ditolak oleh penumpang yang baru tiba. Kemudian bermulalah dramanya. Si pengugut berjaya meyakinkan polis untuk menahan si mangsa (apabila si mangsa enggan membayar pampasan).
Ini adalah satu perkara serius kerana merupakan peras ugut di siang hari. Memang ada penjenayah yang sanggup buat kerja ini dan menyusahkan anda dengan melibatkan polis. Si penyangak dapat kembali fon bimbit dan dompetnya. Tetapi si mangsa mungkin dimasukkan dalam lokap untuk didakwa di mahkamah.
Berhati-hatilah kerana anda mungkin dituduh sebagai pencuri kerana tidak mampu membuktikan yang anda tidak bersalah.
credit goes to Pis@jiwang
-- zaki - -
Ruhi
1 year ago
0 comments:
Post a Comment