Friday, April 4, 2008

Sufiah Yusuf : Nasib Malang Yang Menimpa Dirinya..

Ni aku jumpe citer psl die kt satu forum ni.Just sharing n sbg pedoman utk kite sume....

Wajah terbaru Sufiah Yusuf

GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee.

Menurut akhbar News of The World dalam siasatan yang dilakukan oleh seorang wartawannya, Sufiah yang berumur 23 tahun kini menawarkan diri untuk tubuhnya dijual dalam laman web.

Menerusi laman web itu, dia mempromosikan bentuk saiz badannya dan tempahan perkhidmatannya boleh dilakukan pada setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga lapan malam.

Dia mendakwa dirinya seorang wanita yang seksi, pelajar pintar yang memilih lelaki budiman tetapi lebih tua.Bagaimanapun, seorang bekas teman lelakinya menyatakan: "Dengan kecerdasan otaknya yang mengagumkan, dia sepatutnya boleh membuat wang menerusi cara yang dia mahukan."

Bagaimanapun, kehidupannya tidak lagi dapat dikawal."

Sufiah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu di Salford, Manchester dan kini ia adalah tragedi baru yang dihadapinya selepas dia bergambar dengan topi siswa di luar Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.

Pendedahan itu berlaku selepas bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik.

Kehidupan Sufiah kerap dilanda masalah tetapi dia berjaya lulus dalam peperiksaan matematik AL-Level yang diperlukan untuk memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Ketika itu, dia merupakan seorang kanak-kanak yang taat dengan ajaran agama dan bersolat lima kali sehari selain menjadi subjek teknik pembelajaran kanak-kanak pintar yang dicipta oleh bapanya.

Dia juga belajar dengan kuat dan dipaksa bermain tenis dan dia menjadi pilihan kelapan di Britain bagi kategori pemain di bawah 21 tahun.

Bagaimanapun, tiga tahun di Oxford, Sufiah menyebabkan polis melancarkan operasi memburunya selepas dia melarikan diri dari universiti berkenaan.

Ketika ini, bapanya mendakwa Sufiah diculik dan fikirannya ditekan oleh sebuah pertubuhan yang mencari punca kepintarannya.

Namun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dan mengambarkan kehidupannya yang dikawal oleh bapanya sebagai 'hidup di neraka.'

Satu mesej kepada adik perempuannya: "Adalah sudah mencukupi untuk menghadapi penderaan fizikal dan emosi selama 15 tahun. Anda tahu apakah maksud saya."

Sufiah hilang selama dua minggu sebelum dia ditemui di sebuah kafe internet di Bournemouth di mana dia bekerja sebagai pelayan hotel.

KERATAN akhbar yang disiarkan Kosmo! pada 29 Januari lalu mengenai bapa Sufiah yang dipenjara kerana dituduh mencabul dua gadis perempuan berumur 15 tahun.


Dia enggan kembali kepada ibu bapanya dan dia dibawa untuk dijaga oleh perkhidmatan sosial.

Selepas itu, tersebar berita bahawa bapanya pernah dipenjarakan selama tiga tahun pada 1992 kerana peranannya melakukan penipuan £1.5 juta (RM9.56 juta) dalam satu urus niaga.
Sufiah kemudian kembali ke Universiti Oxford untuk menghabiskan tahun terakhirnya dalam sarjana Matematik.

Bagaimanapun, dia gagal menamatkan pelajaran selepas bertemu dengan seorang peguam muda, Jonathan Marshall.Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berumur 19 tahun dan Jonathan berusia 24 tahun.

gamba masa die kawen...

Ibu bapa Sufiah dan adik-adiknya tidak hadir dalam majlis perkahwinan itu walaupun diundang.

Namun, perkahwinan itu hancur dan mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, dalam sebuah flat kecil, dia menggunakan tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah dikunjungi oleh wartawan News of The Word yang menyamar sebagai pelanggan dan memasuki flatnya.

Wanita itu hanya memakai skirt pendek, kasut kulit dan baju ketat.

Dia membawa tiga telefon bimbit.

Sufiah ketawa dan bergurau ketika dia membenarkan wartawan yang menyamar itu memasuki flatnya di mana sebuah katil turut disediakan.

Dia memberitahu kadar sewa adalah £130 (RM828.99) sejam dan kemudian memasang muzik dengan menggunakan alat permainan muzik murah.

Sufiah, kemudian menari di atas katil dan memberitahu perkhidmatan seks yang ditawarkannya.

Selepas wartawan yang menyamar itu meminta diri untuk keluar, Sufiah memberitahu bahawa dia kini belajar sarjana Ekonomi sebagai pelajar sambilan di London selama dua tahun.

Dia juga memberitahu bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

Sufiah juga membuat pengakuan kepada wartawan terbabit: "Adalah satu kejutan, siapakah yang anda jumpa ini." - Agensi

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Hmm....ape yg korg rase lps bace bende ni?Kesian gile kat die..Dah 2 org genius m'sia yg dh spoiled.....Yg lg sorg tu aku lupe lak name die.Die boleh bace surat khabar time umur die 4 tahun.Skrg, jd penebar roti canai je..Kesian,kesian..

Lepas ni kite sume akan fly or blaja kat local u..Fly pergi Ireland,UK,Australia,Finland...Buat medic,engineering and so on..

Mgkn skrg kite kate kite ni ok,baik,kuat iman,x kn terpengaruh...Tp bile kite dh hidup sorg2 nanti,sape yg tau...There's no guarantee for that..

Sbg peringatan utk aku n kite sume supaye get ready drp sekarang..

Ok.

- - zaki - -

0 comments:

 
;