Monday, January 25, 2010 6 comments

SAD

Assalamualaikum


Hallo semua orang.

Harini saya xnak cakap bnyak, saya hanya nak tulis banyak dan membebel2 lagi dan lagi.

kalau kamu rasa xnak baca,sila tekan butang pangkah di sebelah kanan, atau alt + f4, ctrl+alt+delete, start task manager, end task, shut down, cabut wayar2 komputer atau lappy, tutup lid, pergi tingkat 7 dan campak lappy tersebut lua tingkap.

yay!! susah kan? So baik korang baca je ni dan shadap.garang x? hehe

(sila baca ayat yang dibold dan dibesarkan dontnya sahaja untuk cari main point,kalau rasa2 malas baca smua)


Harini saya akan menerangkan tentang SAD..

yea sad bermaksud sedih.

tapi SAD yang saya akan terangkan lebih lanjut ini bukanlah pasal korang sedih sebab putus cinta,result terok,kena marah ngan chekgu atau apa2 yang secara rasionalnya boleh buat korang sedih.okay aku ulang..SECARA RASIONAL okay..owh, dan bukan sebab korang nak menopos jugak..aa..okay la atau bukan time cik bulan datang melawat gak la..

SAD = Seasonal Affective Disorder

Juga dikenali sebagai winter depression atau winter blues.sebab dia jadi time2 winter.. di mana orang2 yang berkenaan akan tiba2 rasa mcm xdk mood, tertekan tanpa sebab dan bla2 akn dibincangkan lg di bawah ni

Punca :

dipercayai sebab

xcukup cahaya matahari di hari winter..

eh eh kau, jangan gelak plak.. aku x tipu.kurang cahaya matahari leh buat biochemical imbalance

dalam badan kau and efek pengeluaran/penjanaan hormone.ya lebih tepat lagi xsalah aku nak kata hormone tersebut adalah hormone melatonin sebab dia ada kaitan ngan light2 ni.pastu lg satu serotonin (citation needed) acece..mcm Wikipedia lak aku ni


okay.. aku terangkan sket lg pasal hormone.hormone ni macam satu substance..eh substance dalam bm tu bahan kan.. tp hormone ni nak kata bahan cam pelek plak..haihh..apa2 la, k sambung balik.hormon2 ni la leh regulate chemical process lam badan korang, for example, apa yang stimulate korang lapar, atau apa yang lepas korang makan dia akan kata “weh stop2..perot ko da full” so korang xnak makan lg.atau hormone yang leh bawak ketenangan seperti oxytoxin.. erk atau dikenali sebagai “love hormone”.. hormone ni la yang bnyak kua time labour..bukan labour day okay, tp labour yg orang besalin tu.sebab tu ibu2 yang baru melahirkan anak tiba tiba je boleh nak senyum2 gembira masa dia dapat baby dia (tp xde ah smpai tloncat2, mlmpau a tu) eventhough b4 tu dia punya la suffer nak teran korang klua.nak2 kalau korang ni obes lagi gemok plak..haha -.-“

EH..aku da lupa nk ck apa da td,psl SAD kan? Bnyak sgt bebel T,T

K teruskan ke destinasi selanjutnya.okay cane nk detect kalau korang ada SAD ni ke x?

Sila tandakan pangkah kalau korang mempunyai sindrom atau symptom yang aku bakal cakapkan ni.

(pangkah dalam otak ko sudah, rajin plak ko nk amek pensel bagai smua)


1. Penat sepanjang masa


Yaya.. ko rasa penat, malas nak buat apa2, nak g buang air pon malas, apatah lagi nak suh sidai baju ke, masak ke, jaga anak ke..haa.. yang nak kawen tu jangan amalkan ni..esok lusa kena talak padan muka




2. Masalah tido


Ko ske tido tapi Ko susah nak tido, kalau ko da tido tu, kalau semut jalan pon ko leh tejaga, apatah lagi buzz bizz dari ym dan koling2 dan conference dari skype,dan sebagainya kan dilah n farah? Hehe.. haa tapi tapi tapi sepanjang masa pon ko rasa nak tido jugak.bangun di pagi hari amat menyeksakan lagi2 bila lecture kol 8 pagi dan direct smpai 4-6 jam ke..owh itu memang kompem ah..syahid..(eh, lama x dgr cite syida, mana dia g ah?dgr nk fly newzealand da)



3. Lapa,Mengidam coklat, dan benda2 manis


Ini memang dugaan terbesar la bagi orang2 yang diet especially. Mulut sntiasa maw menyumbat walaupun x lapa sgt pon..tp rasa nak makan sgt, so sanggup la klua umah winter2 night sebab nak bli coklat atau askem.masatu da xnak pk gemok kea pa, persetankan apa orang kata,nanti summer aku diet ah balik (bisik mereka dlm ati konon2)

Jadi, winter memang time untuk menggemukkan diri lebih dr keperluan- lemak yg mcm bantal untuk menampung sejuk.



4. Senang rasa jengkel,emotional dan terasa malas untuk bersosial

Okay b4 aku explain, aku nk ckp yg aku rasa bangga sebab ni first time dlm idop aku guna pkataan “jengkel” tu :P hehe..okay, di saat hadirnya perasaan yang tak bleh dielak tersebut, ko akan rasa mnyampah dengan smua orang tanpa sebab, dan senang terasa dengan benda yang kecik2.. kalau bleh ko nak ckp ngan smua orang “ wehh.. go away! Get a life! Shadap u!” walaupun kawan ko tu tgh dok diam main laptop je.dia terpaku dan terkesima melihat gelagat korang yg mcm xbtol tu..lantas dia melarikan ke bilik sebelah dan mengadu pada housemet lain dan menangis teresak2 (eh, aku nk terbuat novel plak..sori2)



5. Rasa teruk, bersalah, tidak yakin,putus arapan dan kadang2 macam xde pasaan langsung



Senang citer rasa mcm baru lepas putus cinta ah..la, mcm xbiasa lak korang kan..haha,kadang2 xbecinta pon rasa cam putus cinta gak T_T apakah.. rasa xyakin ngan orang, ngan diri sniri, rasa malas nak buat apa2 da, nak buat apa2 pon mcm salah..rasa nak bia je ah orang tu.. sebab ko da putus arapan dan smangat mcam orang yg dlu slalu teman ko tiba2 skang xde, so ko down rasa ditinggalkan.. padahal dia ok je, klua makan je kat kedai mamak ngan isap shisha.. (ni sindrom macam perempuan mengandung yang kuat emosi secara tiba2) laki dia balik lambat sejam sebab jem pon dia da meratapi dan nangis tesedu2 kat atas katil sebab ingat laki dia xsayang dia da..seriusly this happens, men beware of your partner..jaga dorang leklok (erk, ada sesapa ke yg da kawen kat sini) owh yang bab takde pasaan tu maybe sebab dorang da malas sangat berperasaan, asek2 sedih je.. smpai malas da nak sedih, tapi sedih gak la senanya dan ati kosong..ati kosong..cane nk describe? Korang rasala sniri nnt..bgtau aku sbb aku da xde pasaan n ati aku kosong gak ni sebab tu aku xleh nak terang..haha



6. System imun tak kuat

Ko slalu sakit2 la, sengal2 badan la.. demam pon terus rempuh emergency room lalu kena cucuk voltaren intramuscular injection kat buttock..waw..pengalaman berharga -.-“ ataupon sket2 nak batuk, behingus dan meleleh2 dan kemudian dan dan..malas nk cite ahh..apa2 pon anggap je la tu nikmat idop korang merasa bnda2 yang exotic -.-“ saranan aku, kalau da sneezing2 tu..jangan ah spread the love lak kat orang rmai,ksian a sesapa yg xde daya imun yg tinggi ni, kena infect lak virus tu..eh entry aku pasal sneezing love tu mana tah? Aku da buang kot ..sesapa yg igt tu lucky ah.owh btw, kalau ko autoimmune sgt pon payah..destroy diri sniri kot...bersederhana jugak bagus :)



Okay, among smua di atas ni..berapa yang sama ngan korg? Bek mngaku cepat.. aku tujukan bnda2 ni khas tuk org2 kita yg dok kat obesi, yang merasa winter.owh tapi time summer pon ada gak..dia panggey REVERSE SAD, symptom pon tebalik..kat Malaysia tu kira summer i love you the whole year ke?



Okay, last but not least.. treatment bagi peserta2 SAD adalah sama ada


1. Light therapy

2. Medication (antidepressant drugs)

3. Ionized-air administration

4. Cognitive-behavioral therapy

5. Supplement hormone – melatonin



Kalau korang teruk sgt tu, sila rujuk doctor yang berhemah la.. jangan g terapi sniri ngadap lampu fluorescent kat umah korang tu sorang2 sampai buta keapa kang, aku xbsalah.. dan jangan lak ada memandai2 mintak ubat bukan2 kat famasi tanpa nasihat dari doctor.okay!


Apa2 pon, aku rasa ni smua dari diri Korang sniri, kalau korang leh handle pasaan n keadaa n diri korang dengan baik dari segi rohani dan jasmani, insyaallah xkan jadi severe sangat..jangan nak salahkan xde matahari la, hormone xnak klua la apela..mind setting tu penting..


Kalau betul2 depress, smua bnda xkena,smua bnda salah, xkira la time winter ke spring ke summer ke autumn ke.. sila cari jalan keluar..cari solution.. kalau x jumpa, jangan mengalah.. maybe time will tell..

kalau xjumpa, xsemestinya bnda tu tak wujud..

okeh!gambatte! wish u the best in whatever you do,eventhough you don’t even need me for real =)



Kalau ko pilih tuk depress, ko akan depress..kalau ko pilih nak happy, ko akan berusaha tuk happy la.. misery is an option :) mind setting sangat penting okay,jangan idop dalam ilusi dan bayangan ..

(apsal aku ckp serius sgt mcm pnyaket SAD ni mcm boleh membunuh -.-“)

Okay,entry aku yang panjang lagi, blog ni dah macam aku punya sorang plak ..kang ada yang kata aku gila kuasa T,T mana korang ni..aku da naik segan dah haa asek2 aku je yg tulis.


jom! nk out da.. amek angin kat lua...amek cahaya matahari..pegi potosynthesis!! ^_^



Saturday, January 16, 2010 1 comments

izey


HAPPY BIRTHDAY!!

IZLAIZA AFIFAH RUZAIMI

=)

may ALLAH bless u always

"And in the end, it's not the years in your life that count.It's the life in your years"


exclassmate


exgroupmate
(addmath..addmath T,T)


exroomate


we went thru the lumpur together weh :P


JPA
(kita berpanas2 di tgh2 panas2
segan gila owh gmba ni >,<")




fruit fiesta together gether


n we grad together gether also ^_^



all the best friend!
goodluck in every single thing that you do
=)

Wednesday, January 6, 2010 0 comments
apa yg terjadi sebenarnya pada Adam ? mana dia menghilang ?

okay alhamdulillah air sudah ada seperti biasa

saya baru bangun lepas tidur after isya' punya azan bukan solat. dan tak terasa nak tidur selepas selesai menyiapkan assignment berkaitan SEM. sila la google .

untuk pengetahuan anda semua, saya telah TER-bawa balik (sila ambil perhatian pada ayat 'TER') seekor katak. real punya okay! TERbawa balik dari kampung. dia sembunyi dalam beg saya. teruk sungguh. tak mampu beli kereta ke? dah la menyelinap masuk ke dalam beg saya tanpa kebenaran, mau tak terjerit jerit dibuatnya. ah! adat la kat kampung macam macam boleh terjadi. nasib baik tak payah kena samak cuma cuci dengan breeze saja.

saya masih tak mengerti la dengan lecturer yg dibayar tinggi tetapi mengajar nya acuh tak acuh ja. assumption konsep diaplikasikan. semua assume student dah belajar dah taw. serius, boleh tak kalau gaji lecturer itu ditukar dengan gaji guru tadika? saya rasa effort mereka lagi bernilai dan berbaloi untuk gaji yang tinggi lagi dari lecturer. ah kalau nak ikut konsep self study apa gunanya lecturer dan institute pengajian tinggi awam. hapuskan kedua nya. kita study online.
tak semua lecturer 'malas' mengajar', tapi saya baru jumpa 2 lecturer yg betul betul ada effort nak menyampaikan ilmu.

tapi macam mana dengan cerita pelajar yang belajar di luar negara? macam mana sistem pembelajaran universiti anda?
Friday, January 1, 2010 0 comments

eh..2010..so?

Hai!~

=)

selamat menjejak umur ke 20 pd tahun ini erk.. (dan 19)

semoga selamat2 sahaja semuanya..

ameen..

(okay, newyear ke xnewyear ke..sama je bg aku..it's just another day passing by)
*gila kau,aku ckp mcm org da xappreciate idop da -.-" no no no..*


big events of 2009
-toomuchtobedescribed-

apa2 pon..
it's a Problem-Based-Learning year..

(problem--> settled-->learn something)

or

(problem-->unsettled --> more problems,problems,problems --> learn something --> settled)

so the conclusions are
1) problems lead you to a better way of developing your brain neurons' way to connect with each other
(senang kata kata ko ada problem baru ko leh pk jln penyelesaian la!dan kau dapat belajar dari masalah yang telah selesai tersebut. poyo plak nk ayat gempak2.bajet gempak kot)

point : dapat belajar dari masalah yang telah selesai


2) dari masalah yang tak selesai sama ada kau
melarikan diri dari masalah/buat2 mcm xdk masalah/kau xtahu tu masalah/kau memang masalah kau xdk massalah/_________ <-- apa2 lg yg sesuai sila isi di tempat kosong

yang menyebabkan ko terjerumus dalam masalah lebih besar dan kau xleh settle.dari masalah besar tersebut ko pon belajar yg ko ni bermasalah dan pembelajaran tersebut membuat kau bleh settle masalah tersebut..

point : belajar settle masalah dari masalah tersebut

paham kah?

xpaham sudah..nnt bila kau da besar sket ko paham la -.-"
(skali lg bajet aku sudah besar)

kalau ko pk yang sekeliling ko bnyak masalah..maknanya ko la yg bermasalah

so sape ada masalah ngan aku?

*sila cari keseinambungan ayat2 dia atas*

" dont fear the difficulties..the best come from them"
kalau xde masalah, ko xkn reti appreciate idop

so jom! cari masalah lagi tahun 2010 ni
:-"

owh! terimakasih juga kpd smua yg da mnjayakan idop aku pd 2009 lepas!!we learn from the past,not live in it

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."


[kalerful gila kan entry aku? saja bg mata korang homwok lebeh sket sempena newyear ni ^-^]


okay,akhir kata smoga sihat2 dan happy2 slalu je dr meja pengarang *yg tgh main ym*
(ok.maap.terlebih bajet lak kali ni)

skian..



yang berusaha,
(memperbaiki diri sniri)





entry ni ditujukan khas tuk diri aku sniri especially..seriusly..aku memang serius..betul!!xnmpk ke muka aku tgh serius ni! :p
 
;