Friday, December 31, 2010 0 comments

Makan tengahari

Salam.

Tengahari tadi aku kuar makan ngan kawan aku. Biasa makan dalam uitm je.Waaah, banyak makanan sedap, sangat seronok duduk kat Malaysia. Tapi oleh sebab kami ini hanya pelajar, makan je mana yang mampu.

Aku pun amik la nasi sket, kuah tu sket, kuah ni sket. Pastu aku nampak ketam. ...Lama tak makan ketam, rembat ah. Kalau amik ketam, mesti mahal, so kena imbangkan dengan sayur yang murah. Aku pun amik je sehelai dua daun salad.

Masa nak bayar kat makcik tu, aku tak sedar yang kat sebelah dia ada kipas. Tiba-tiba

Aa.

Daun salad aku terbaaaaang!! (dua-dua helai) Noooooooooo!!

...dan jatuh atas lantai. Ergh. Ada pakcik kat sebelah kaunter tu gelak kat aku. Cis. Kawan aku suruh amik lain, tapi aku takut nanti kena cas lebih, dahlah tengah saving sekarang. So, aku pun mintak makcik tu kira.

"Nak air apa?"
"Takpe, ni je"
"Semuanya RM2.50"
"RM2.50?"
"Yelah, 2.50. Ketam dengan nasi je kan, nasi kamu tu pun sikit je."

Rupanya dia tak nampak daun salad aku terbang. Kalau aku tau 2.50, aku kebas lagi daun salad, tapi aku akan pastikan ketam tu menghempap daun salad tu. Tapi in the end, nasi dengan ketam pun cukuplah. Tercapai impian nak makan ketam.

Moral of the story : Beware of kipas.

-Kai
Sunday, December 19, 2010 0 comments

HAPPY birthday,AINA!! | lost interest in study (1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pun, kepada semua sahabat handai dan teman teman.apa khabar kamu semua,sesungguhnya saya yang tercampak jauh di medan perjuangan ilmu ini sentiasa merinduimu kamu semua.betul,tak tipu sikit pun.cheh..okeh dah,formal smpai situ je cukup.

Firstly,

Happy Birthday to Aina.. 
eh tulisan ni xleh nak besar lg ke

Hee..yay, da dua puluh pon.org da nak timang anak tiga da ni hehe ok tipu lg.
 

Jadi oleh kerana saya dah lama sikit tinggalkan arena merapu dan mengarut di blog,maka fikiran pun dah semakin tandus dan kering kontang sedingin padang pasir yg sejuk dilanda winter ribut taufan dan hujan batu pastu snow pastu esok tu banjir terok.eh, hiperbola termelampau lampau plak tp bgitulah knyataannya sebenarnya.ok da dua perenggan mukadimah x abes lg ni,sepak aku sedas please.haiz.

 

Ok ok,ni btul pnya ni.stret to the point.aina happy birthday, oleh sbb ur request b4 ni xsmpat nk tunaikan so as a bday present saya tulis jgak kat blog ni :D
 

dulu aina ada mntak suh tulis, causes that make someone lost interest in their study.right? Lebih kurang la. The tajuk is quite typical yet i do think my frontal brain lobe doesnt progress very well lately,plus me myself pon tmasuk dlm golongan yg kdg2 da lost interest gk ngan something.bkn tkat blaja,bnda2 lain gk.eh apsal aku cakap rojak2 sgt nih.gedik btol.
 

Okay, i give u a metaphore.so you can correlate what i will try to explain later with stuff that we are going to talk now.ok amende aku ckp ni.pening.
 

Imagine, u have something that you really like,for example a person.heh, cintan cintun suka je ko kan irna.aiyak.ok sambung.tapi bila da lama lama lamaaa sket..rasa macam..alaaa.. Cam da xminat lagi la ngan mamat tu.ottoke..camne ni.nak let go, da terlepas cakap suka, kawan2, mak bapak smua da tau.n u will hurt him and most important,u will hurt urself jugak if u back off.sebab ape? Sbb ko akan pk ape org kata n impression org lain plak yg akn buat ko depress.kot.
 

Ok skang stop berangan.aku bg contoh je tadi.tuka la girlpren ke, boipren korang td tu kepada stady, and comitment terhadap stady, and mula2 g skola masa zmn muda mudi tadika dlu ke ape mmg seronok sbb dpt jmpa kwn n main lawan pmadam sama2.tp bila mkin blaja, mkin ssh,mkin tensyen n makin xsuka nk g skola.kalau korang terok, tkut repeat ke,pointer teruk, kena buang u ke..time tu korang akn depress sbb apsal korang loser sgt smpai jd cmtu, and what others will talk about u for the time being.
 

skang bkn nak cite psl tu. aku nak cita kenapa leh jadi cmtu.cane leh jadi lost interest.

tapi

bukan

skang

:D

sebab aku nak g lecture dah.. hehe..
insyaAllah.. part 2 nnt okeh. tata. salam. 
Monday, December 6, 2010 0 comments

Salam Maal Hijrah!

Salam Maal Hijrah!
Semoga kita semua berubah kearah yang lebih baik XD!!

Pastikan korang baca doa akhir dan awal tahun!

-Kai-
Thursday, December 2, 2010 2 comments
Salam. Owh?

Baru mula CNS? Itu sangat pelik. Kami di sini sudah pun tamat modul yang menggilakan itu.
Ya, menggilakan, sehingga saya melukis gambar ini : -

Manakan tidak, apabila anda perlu menghafal begitu banyak perkara dalam masa yang singkat kerana petang itu juga, anda perlu bertemu janji dengan model model otak dan pada masa yang sama, dianggap tahap ilmu anda setaraf tahap surgeon, memang berasap kepala.

Adakah anda masih ingat semua 12 cranial nerve roots? Dia punya function? Dia punya course? Dia punya branch? Dia punya nucleus? Mana dia supply? Kalau putus apa jadi?

Gila.

Itu baru anatomi. Itu baru cranial nerves. Belum embriologi, yang lagi macam hantu. Belum fisiologi, belum biochemistri, belum mikrobiologi etc etc

Tapi saya tidak nafikan, modul ini antara modul yang paling menarik yang pernah saya lalui. Semua orang ibarat terkena schizophrenia. Semua orang mula delusional.

Tapikan, bagi saya, semua jurusan ada 'susahnya' yang tersendiri. Saya tidak boleh kata perubatan adalah jurusan paling susah di dunia (tetapi saya akui, dia mempunyai peperiksaan yang paling tidak adil). Hari itu, sedang saya berjalan-jalan di kaki lima, saya terjumpa sebuah nota yang ditulis oleh seorang pelajar kejuruteraan, dan ternampak sebuah formula seperti ini:-

Dalam otak saya yang bahagian matematiknya mungkin sudah reput, saya terfikir "Apakah???"
Sekiranya saya tercampak dalam jurusan undang-undang, saya perlu menghafal kes-kes zaman dahulu dan pandai berkata-kata.
Sekiranya saya termasuk farmasi, saya perlu ketahui 1000+ nama ubat, mechanism of action, contra/indication, kesan sampingan dsb.
Sekiranya saya ambil kejuruteraan, saya akan terseksa seumur hidup dengan fizik yang saya tidak nampak logiknya.

Dan sebagainya.

P/S: BTW, untuk penulis cupcake itu, saya tidak menggalakkan anda meletakkan gambar lelaki idaman anda pada cupcake tersebut. Tidak terasa kejamkah untuk memakan lelaki idaman anda XD?

-Kai-
0 comments

lol



we got visitors from tel aviv..lol,how cool is that
 
;