Kepada yang berkenaan.
Ni aku tulis mengikut bacaan dan pemahaman aku.
Eating disorders
-Anorexia Nervosa - orang yang takde self -esteem and rasa diorg imperfect, so diorg tak makan supaya nampak kurus n perfect. Orang camni biasanya meletakkan standard yang terlalu tinggi dalam hidup. Cthnya : nak kawin ngan orang yang gaji 1mil>, nak jadi presiden dunia, nak berat 30 kilo.
-Bulimia nervosa - Orang yang makan dengan sangat banyak, pastu tetiba rasa bersalah,[maybe sebab diorg takbleh makan banyak sebab nk kurus], lepas tu memuntahkan balik apa yang diorag makan.
-Compulsive exersizing - masalah yang biasanya mengikuti orang bulimia nervosa,
diorg rasa yang diorg patut exersize untuk hilangkan lemak sebab makan banyak
tadi, tak kiralah diorg tgh sakit atau nak mati [cikgu est kita ada penyakit ni.
Dia penah cite time form 4, tapi bukan sebab dia bulimic]
-Binge eating [Obsessive compulsive overeating] - orang yang ada penyakit ni tak sedar yang diorang ada penyakit mental [iaitu OCD] sebab diorg pandai sorokkan perangai ini [yakni, makan dengan terlalu banyak dalam jangka masa yg sangat pendek]. Diorg jenis yang emo, rasa cam tak guna, nak bunuh diri, mempunyai tingkah laku yang mendadak dan mungkin ada masalah alkohol.
~Orthorexia nervosa - berbeza dengan aneroxia, orang jenis ni makan makanan yang consider 'sihat' je, sebab kononnya nak jadi terlebih sihat tetapi terlalu ekstrem dan terlebih obses dgn makanan yg 'pure'[macam... takde lemak, takmau kalori berlebihan, hanya makan oat, takbleh makan ayam]. Sampaikan apa nak makan esok pon diorang plan dgn detail.
~Selective eating disorder [SED] - orang yang ada ni hanya makan sesetengah makanan atau brand makanan je. Biasanya, budak kecik ada, tapi kalau sampai besar pon still tak nak makan 'sesetengah makanan' tu, memang ade masalah lah. Jenis makanan yang diorang makan sangat sikit. Contohnya, dalam semua sayur dia hanya makan carrot je. Kalau nasi, nak yg Jasmine, taknak cap rambutan.
dan sbgnya,,,
Sleep disorder
~Insomnia - masalah nak tido atau nak tidur dengan baik. [maksudnya tido 5-6 jam
straight tanpa diganggu]
~Narcolepsy - tertidur terlalu kerap pada waktu pagi (bukan sebab tak cukup tidur), selalunya time yang tak sesuai [e.g. time driving, makan, buang air, berjalan]
~Obstructive sleep apnea - apnea tu maksudnya berhenti bernafas. Orang yang ade bende ni biasanya tidor berdengkur.
~Restless legs movement - Perasaan nak mengerakkan kaki bila nak tidor (aku kadang2 ade ni =_= Rasa dia macam nak sepak orang/kuar gi berjalan)
~Periodic limb movement disorder - tangan atau kaki tiba2 bergerak semasa nak tidur dan seterusnya membuatkan kau tak jadi nak tidur/mengganggu. Benda ni sama macam hypnic jerk, tapi hypnic jerk tu bukan disorder.
~Hypersomnia - Terlebih nak tidur. [nak tido nak tido nak tido]
~Bruxism - Gigi macam mengunyah waktu tidur, macam kancing gigi, tapi takdelah teruk
sgt, sakit otot kat mulut la. Tapi kalau lama lama, gigi boleh jadi rata dan nak mengunyah pon susah. :D
~Sleepwalking - bangun dan berjalan. Kadang2 gi makan atau pakai baju. Ikut orang la.
~Nocturia - Asyik terbangun sebab nak gi toilet time tidur
~Enuresis - Tak bangun langsung, kencing je.
~Delayed sleep phase syndrome - susah nak bagun pagi dan juga susah nak tido pada waktu malam. Tapi takde masalah nak tidur dengan baik.
~Hypopnea syndrome - bernafas dengan terlalu slow masa tidur.
~Exploding head syndrome - Masa tidur, terdengar bunyi letupan yang kuat gila,yang datangnya dari kepala sendiri. Tak rasa sakit, tapi rasa takut nak tidur balik. Dan tak semestinya mimpi, kadang2 berlaku lepas 1-2 jam selepas masuk tidor.
~cataplexy - tetiba jatuh atas lantai sebab otot lemah
~Night terror - tetiba terbangun dari tidur dengan perasaan takut yang amat sangat.
~Rapid eye movement behaviour disorder - Rapid eye movement (REM) berlaku time kita mimpi. Kau tgk orang yang tido, kalau kelopak mata dia macam bergerak2 , tgh mimpi la tu. Disorder ni berlaku apabila orang tu bertindak ganas/aggresive/ber-drama time REM. [e.g menjerit ,marah, melompat [sambil tido+mimpi]
~jet lag - ni bila orang gi oversea jauh jauh, diorg tak dapat sesuaikan diri ngan masa sekitar. cthnya, tido waktu siang and bangun waktu malam kat negara orang.
~Sleep paralysis - Tak boleh nak gerakkan badan masa nak tido atau sebelum bangun. Selalunya diikuti dengan bunyi2 [e.g. bunyi aeroplane], permandangan [muka rumete aku] dan halusinasi [benda hitam sebelah kau] yang merepek. Orang kita panggil kena tindih :P Cam ape je..
~Sexsomnia - disorder non-rapid eye movement yang menyebabkan orang tu macam buat seks ketika tidur. Cikgu Ammar pernah cite pasal benda ni gak, tapi dikaitkan dengan jin.
dan sbgnya...
Kai.
25th July 2023
1 year ago
0 comments:
Post a Comment