Saturday, July 2, 2011

Hanya LE 5.30. Hanya Aiskrim. Hanya separuh.


“Baba nak amek orang kat ABC jap.lepastu kita balik umah ye”

“okie dokie baba!”
Kata seorang bapak kepada dua orang anaknya yang disumbat dekat front seat teksi. Back seat kosong. Matahari hampir sepi.malam kian datang.dia baru ambil anak-anaknya dari sekolah setelah terlambat 3jam dari yang sepatutnya.
 “cikgu kata baju saya buruk, sebab dah tak putih.  Bila kita boleh beli baju baru baba?”
“kawan kata tak nak kawan dengan saya sebab kasut saya koyak baba”
Kedua dua anak mengadu dalam perjalanan. Si bapak hanya senyum tawar dan menggosok-gosok kepala anaknya sambil sebelah lagi pegang stereng.
“esok kita beli baru ye..”
Walaupun dah setahun janji tu masih tak putus harap juga.hampa.
Masuk 2 orang warga Negara asing ke dalam teksi bahagian belakang.

“ shatby ala bah, insyaAllah?” (shatby bahagian pantai, insyaallah?)
“taal taal” (masuk masuk) jemputnya.
Si pakcik pula keluar seketika. Sambil bawa kain lap untuk membersihkan cermin depan yang berdebu.

“abuka?” (ayah awak?)
 Tanya penumpang kepada budak kecil di hadapan. Dia hanya senyum malu mengangguk. Diberi budak kecil itu ice cream caramel  yang dibeli dari KFC tadi. si drebar masuk kembali. Dilihat anak- anaknya bergembira berkongsi ice cream yang telah dijamah suku penumpang belakang.  Terus hatinya sayu. Satu cawan ice cream kfc boleh beli roti arab untuk seminggu untuk makan harian.
“syukran..” katanya sambil pandang belakang.
“syukran, cepat cakap syukran..” kata ayah kepada anak anak.
“Entumna min nin?” (kamu dari mana?)
“Malizia” (Malaysia) , balas penumpang.
“Masyaallah..  tengok orang Malaysia ni, cantik – cantik kan..” kata drebar kepada anak.

Kulya tibb? (kuliah perubatan?) sambungnya lagi.
Aiwah.. (ya) balas penumpang sambil tersipu-sipu.lol.
“Tengok orang orang  Malaysia ni, cantik dan baik.. satu hari nanti kamu hendak jadi doctor jugak kan!!”
Dan sepanjang perjalanan si pemandu teksi hanya memuji penumpang di belakang. Walaupun setelah berhempas pulas bekerja dari pagi ke malam mencari nafkah. Dan pada masa yang sama menjalankan tugas sebagai seorang bapa, suami, dan anggota masyarakat. Diselubungi sesak dan perangai manusia. letih jerih kehidupan satu hari yang telah diimunisasikan kerana hanya itu hidupnya. Segala penat lelahnya hilang hanya kerana senyuman dari anak.
Kerana secawan ice cream.

-appreciate simple things in life-
It might not be significant to you, but you’ll never know what it does to others.

0 comments:

 
;