Salam. Owh?
Baru mula CNS? Itu sangat pelik. Kami di sini sudah pun tamat modul yang menggilakan itu.
Ya, menggilakan, sehingga saya melukis gambar ini : -
Manakan tidak, apabila anda perlu menghafal begitu banyak perkara dalam masa yang singkat kerana petang itu juga, anda perlu bertemu janji dengan model model otak dan pada masa yang sama, dianggap tahap ilmu anda setaraf tahap surgeon, memang berasap kepala.
Adakah anda masih ingat semua 12 cranial nerve roots? Dia punya function? Dia punya course? Dia punya branch? Dia punya nucleus? Mana dia supply? Kalau putus apa jadi?
Gila.
Itu baru anatomi. Itu baru cranial nerves. Belum embriologi, yang lagi macam hantu. Belum fisiologi, belum biochemistri, belum mikrobiologi etc etc
Tapi saya tidak nafikan, modul ini antara modul yang paling menarik yang pernah saya lalui. Semua orang ibarat terkena schizophrenia. Semua orang mula delusional.
Tapikan, bagi saya, semua jurusan ada 'susahnya' yang tersendiri. Saya tidak boleh kata perubatan adalah jurusan paling susah di dunia (tetapi saya akui, dia mempunyai peperiksaan yang paling tidak adil). Hari itu, sedang saya berjalan-jalan di kaki lima, saya terjumpa sebuah nota yang ditulis oleh seorang pelajar kejuruteraan, dan ternampak sebuah formula seperti ini:-
Dalam otak saya yang bahagian matematiknya mungkin sudah reput, saya terfikir "Apakah???"
Sekiranya saya tercampak dalam jurusan undang-undang, saya perlu menghafal kes-kes zaman dahulu dan pandai berkata-kata.
Sekiranya saya termasuk farmasi, saya perlu ketahui 1000+ nama ubat, mechanism of action, contra/indication, kesan sampingan dsb.
Sekiranya saya ambil kejuruteraan, saya akan terseksa seumur hidup dengan fizik yang saya tidak nampak logiknya.
Dan sebagainya.
P/S: BTW, untuk penulis cupcake itu, saya tidak menggalakkan anda meletakkan gambar lelaki idaman anda pada cupcake tersebut. Tidak terasa kejamkah untuk memakan lelaki idaman anda XD?
-Kai-
Ruhi
1 year ago
2 comments:
yup. CNS serius kool. boleh jd schizo. boleh bipolar skali sbb kdg2 bes blaja. kadang2 rasa cam nk gila gak sbb bnyak sgt bnda :p dan ada lg 8-9subjek nak kena kaver.
apa2 pon.. xde bnda yg sng.. smua kos pon ada killer-nya yg tersendiri :p
nice entry.
Yea, that's why kita tidak boleh nak berlagak pandai sangat. Kita juga ada kelemahan kita sendiri.
In fact, saya sendiri kagum dengan course lain, macam macam benda lain diorang dapat belajar yang kita tak mampu.
Its like, "wow~~ you really know this stuff~~"
:D
Post a Comment