Friday, July 30, 2010

12 Makanan Kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Salam.
Aku dapat ni dri mak aku. Nak share dengan korang hal ni, aku rasa kita semua boleh praktikkan :D.

1. Barli - Berkesan dalam mengurangkan suhu badan sewaktu demam.

2. Kurma - Rumah yang tiada kurma diibaratkan seperti rumah yang tiada makanan.Kurma juga makanan pertama yang diberikan kepada anak2 yang barulahir.

3. Figs - (Aku tak sure ni buah apa ekcheli, kat translator kata ni buah Ara) Buah dari syurga.

4. Anggur - Rasul Allah sangat sukakan buah anggur. Buah ini mampu membersihkan darah, mengembalikan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan perut.

5.Madu - Campurkannya dengan air suam untuk menjadi ubat cirit-birit yang berkesan. Madu juga boleh meningkatkan selera makan, menguatkan perut, menghilangkan kahak, conditioner rambut, pembasuh muka, bahan jeruk dan pembasuh mulut. Ia sangat baik untuk badan apabila dimakan pada waktu pagi bersama air suam.

6. Melon ( all types) - Wanita mengandung yang mengambil tembikai akan mendapat anak yang baik (what, really??)

7.Susu - susu dapat menyejukkan badan, menguatkan daya penglihatan, mengurangkan sifat lupa dan menguatkan tulang belakang.

8. Cendawan - cendawan boleh mengubat kebas dan juga digunakan sebagai makanan 'perancang keluarga' (takyah amik COCP)

9.Minyak Zaitun - untuk mengurangkan masalah perut dan juga menyihatkan kulit dan rambut.

10. Delima - memakan delima dapat melindungi anda dari syaitan selama 40 hari.

11.Cuka - Rasul Allah biasanya mencampurkannya dengan minyak zaitun (ini merupakan makanan orang kaya kat itali)

12. Air - Air yang terbaik dalam dunia ini ialah plain water. Minumlah air dengan menghirup, bukan dengan meneguk kerana meneguk air terlalu cepat boleh membawa kepada penyakit hati.

Itu sahaja~~

`Kai`

0 comments:

 
;